السادسة عشرة

P/S: Short update je kot.

Hari ni sape nak guna henpon piah boleh eh. (Lawak basi)
tak faham? abaikan. tak masuk SPM pun.

It's no surprise I won't be here tomorrow
I can't believe that I stayed till today

Alhamdulillah.
Jantung masih berdegup. Mata masih terbuka. Telinga masih boleh mendengar. Mulut masih bisa berbicara. Tangan dan anggota2 lain masih boleh bergerak. Iman insya-Allah masih di dada :)
Alhamdulillah.

Bangun2 je, grab handphone, nk tengok jam, tp dihalang oleh: 7 New Messages.
Turun bawah, semua doakan :)
Sampai sekolah, didoakan lagi :)
balik rumah: 4 New Messages.
Online kejap, inbox: (42 Unread) Yahoo! Mail.
Notification kat facebook bape ntah.
Tengok kat dashboard blogger, ada updates blogs yang di-follow.
technicolour. & Shining Star!
N so on lah!

Sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. abaikan. tak retilah pulak nak buat ayat sedap. jangan gelak. ok tak lawak buat ape nak gelak? ok stop typing nonsense.

Hari ini, genap 16 tahun, alhamdulillah, saya hidup di dunia ini.
Terima kasih Allah.
Terima kasih Mama.
Terima kasih Abah.
Terima kasih semua.

Terima kasih banyak2 atas doa semua :)
Semoga Allah membalas jasa-jasa kalian. Malaikat turut mendoakan kalian yang mendoakan saya, insya-Allah.

Lama juga aku dah hidup ye.
Orang kata, umur tu amanah. Amanah untuk kita gunakannya sebaik mungkin.
Hidup kita ni bukan sia-sia. Hidup kita ni ada aim: to investi.....ok dah merepek. Aim kita, mestilah sebab nak berjaya di dunia dan di akhirat, yedoq? Usahakan banyak-banyak di dunia, segala hasil kita akan didapati di akhirat.

Refleksi diri sket.

*silence*

Doakan saya untuk terus istiqamah di jalan yang lurus ya.
Eh2, tak, doakan kita ;)


6 papers more to go!
Ok fine, untuk aku 7 kot.

Doakan saya kembali sihat esok, insya-Allah. Amiin.

Alhamdulillah 'ala kulli hal :D

Back to studies!

.: wassalam :.

Hanaa 2 tahun lalu




COMELNYA! XD


Final Exam 2009

.: jadual periksa yang di-grab dari website sekolah :.

2 Minggu padat.
29 kertas (untuk yang drop PA la, macam daku)
10 hari.

Oh, BTW, peperiksaan ni mula esok. hoho.
Kepada anda yang sedang membaca, doakan Aliya binti Khairuddin dan rakan2 seperjuangan Generasi ke-12 SMIH ya!
Doakan kami.
Minta didekatkan sangat2 dengan A1 & A2.
Minta dijauhkan sangat2 daripada 9G & 8E.
adik2 mula hari Khamis nanti. huhu.
Semoga berjaya kepada adik2 (wish awal2)

dan,
buat keluarga besar Imtithal 2009, mari sama2 buat yang terbaik :)
buat sahabat2 Generasi ke-12 SMIHJB, semoga berjaya. Banyakkan berdoa.
Usaha, usaha, usaha!

Kita boleh! YEAH!! (semangat)
All the best~

-ok aku rasa mungkin dah takda kawan2 yang sempat baca post ni since esok dah pekse. ah biarlah korang baca lepas abes pekse nanti T-T takpun weekend ni ke. ok abaikan -

Sekian sahaja. Sambung belajar la beb.

*tak sabar nak habis periksa :P
**tapi sabar nak SPM tahun depan. erkk


.: wassalam :.